Assalam dari aku...untuk aku...buat aku...

"sesi mengadaptasi sebuah mimpi menjadi realiti...lalu realiti menjadi duri yang menghiasi hidup ini hingga diri mula mengerti bahawa hidup ini sebuah perjuangan antara diri sendiri menentang jiwa hakiki..."

Khamis, 21 Februari 2013

Aku, Muzik dan Inspirasi...

“Berhibur tiada salahnya, kerana hiburan itu indah, hanya apabila salah memilihnya, membuat kita jadi bersalah.”

Maka ungkapan itu yang membuatkan aku memilih muzik sebagai hiburan dalam hidup aku. Ya..aku memang obses pada bunyi-bunyian (muzik la tu..), Kenapa? tak payah tanya kot. Mungkin sebab telinga aku ni memang obses pada bunyi-bunyian sejak lahir. Tapi, itu tidak bermakna aku menolak sekeras-kerasnya alunan bacaan Al-quran ataupun bait-bait islami masuk dalam gegendang telinga aku, tidak sekali-kali. Cuma apa yang aku nak huraikan waktu ini adalah tentang muzik..(suka hati aku la nak tulis apa pun...kan..kan..kan..).

Erm..(jap, lupa nak tulis apa dah..).. Ok, berbalik tentang muzik. Aku memang suka muzik. Sebab pada aku, muzik itu berinspirasi. Ya..Inspirasi untuk aku menterjemah ilham yang terbuku dalam minda aku. Sepertimana ilham sesebuah muzik itu tercipta dari sebuah inspirasi, begitu juga muzik itu memberikan kembali inspirasi untuk menterjemahkan ilham...(what you give, you get back la..). 

Tidak kira apa genre lagu yang ada dalam dunia ni selagi tidak merosakan gegedang telinga aku yang nipis ni, aku akan layan. Yang penting lagu itu punya irama yang indah juga bait-bait lirik yang punya makna juga isi. Yang paling penting lagi, ada inspirasi dan puitis. Ada yang persoalkan, ''eh, lagu rock tu puitis ke?". Hello kawan, puitis itu bukan untuk irama yang perlahan ataupun 'mood' romantis sahaja. Puitis itu luas fahamannya. Kalau tahun 80-an dulu, zaman-zaman pakcik kita pakai seluar kulit ketat sampai nampak urat, dengan fesyen rambut 'ketak'...waktu tu lagu-lagu rock cintan memang jadi pilihan. Banyak kalau aku nak sebut satu-satu. Jadi, sendiri faham la. Ha, lagu-lagu rock waktu tu memang puitis. Walaupun setiap bait dihiasi petikan gitar yang keras dan nyaring, tapi masih puitis. Bak kata pakcik-pakcik yang membesar dalam tahun tu, menusuk ke jiwa. Hah, puitis sangat la tu. Puitis tentang cinta.

Aku suka menulis. Dan setiap penulisan yang aku nak terjemahkan tu perlukan inspirasi supaya setiap baris yang terlakar itu punya 'nyawa' untuk dibaca. Maka dengan itu, aku akan sumbatkan telinga aku dengan 'headphone' dan mainkan lagu-lagu yang punya 'jiwa' dan inspirasi setiap kali aku menulis. Bait-bait dan irama yang menerobos ruang legar telinga itu seakan nadi yang mengawal jemari aku untuk menari diatas papan kekunci komputer riba yang uzur ini. Aku seakan 'khayal' dalam dunia aku sendiri. Yang ada cuma aku, muzik juga penulisan yang aku zahirkan..(Khayal tapi tidaklah sampai lupa pada waktu..).

Kadangkala, kalau rasa tertekan pun aku cari muzik..(wudhu', solat sunat, mengaji adalah sebaik-baik ubat tekanan malah berpahala..). Tapi muzik yang mendamaikan la. Yang boleh bawa khayalan aku ke daerah yang tenang dan lapang. Dengan mata terpejam, aku nikmati bait-bait puitis yang berirama. Sedikit sebanyak ia membantu mengurangkan tekanan. Setidak-tidaknya, ia buat aku kembali tersenyum.

Dealova nyanyian Once. Lagu ni antara yang aku minat. Memang wajib ada dalam 'songlist' aku. Puitis, tenang, menusuk ke jiwa. Itu pandangan aku tentang lagu ni. Ini adalah lagu cinta. Namun, ia punya dua terjemahan tetapi punya motif yang sama iaitu cinta. Pada mereka yang menganggap lagu ini puisi cinta buat kekasih hati, terpulang. Tidak salah. Dan jika ada yang berpendapat lagu ini adalah rintihan cinta manusia kepada Tuhan juga tiada masalah. Kerna bagi aku, lagu ini punya banyak maksud. Banyak yang boleh diterjemah tentang lagu ini. Masing-masing punya pendapat juga cara untuk mentafsir.


"aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu
karena langkah merapuh tanpa dirimu
oh karena hati tlah letih

aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh
aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
tanpamu sepinya waktu merantai hati
oh bayangmu seakan-akan

kau seperti nyanyian dalam hatiku
yang memanggil rinduku padamu
seperti udara yang kuhela kau selalu ada

hanya dirimu yang bisa membuatku tenang
tanpa dirimu aku merasa hilang
dan sepi
dan sepi

kau seperti nyanyian dalam hatiku
yang memanggil rinduku padamu
seperti udara yang kuhela kau selalu ada

kau seperti nyanyian dalam hatiku
yang memanggil rinduku padamu
seperti udara yang kuhela kau selalu ada

selalu ada, kau selalu ada
selalu ada, kau selalu ada"


Aku teringin nak cipta lagu sendiri. Tapi tu la, aku hanya pandai menulis tapi tidak arif dalam permainan alat muzik. Kalau nak masuk dalam bidang hiburan, yang aku mampu buat cuma menulis lirik sahaja. Namun untuk kompos lagu, memang aku tak reti. Tapi macamana pun, aku nak belajar main alat muzik setidak-tidaknya gitar suatu hari nanti. Mungkin sebagai hobi sampingan. Harap-harap la ia kan jadi nyata.

Apa-apapun, muzik tetap muzik dan akan terus berirama selagi manusia masih bernyawa juga selagi bumi ini masih berputar pada paksinya. Selagi tidak menyalahi hukum agama, selagi itu kita tidak salah berirama dengan muzik. Muzik itu salah satu cara ideal untuk bercerita. Cara yang indah untuk meluah rasa. Dan muzik itu juga cara yang mudah dan mesra untuk berpesan. Berdakwah juga tidak salah melalui muzik. Untuk menarik anak-anak muda mengamalkan cara hidup berlandaskan Islam, lebih mesra dan mudah adalah dengan muzik. Ini kerana remaja sekarang terlalu obses dengan muzik. Jadi, apa salahnya kita gunakan medium yang lebih dekat dengan dengan remaja untuk berdakwah. Sesungguhnya Allah tidak wujudkan sesuatu itu bersahaja tanpa sebab. Wallahu..Wassalam...-hikayat-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan