Assalam dari aku...untuk aku...buat aku...

"sesi mengadaptasi sebuah mimpi menjadi realiti...lalu realiti menjadi duri yang menghiasi hidup ini hingga diri mula mengerti bahawa hidup ini sebuah perjuangan antara diri sendiri menentang jiwa hakiki..."

Isnin, 15 Oktober 2012

Bila Kita Mula Mengerti Maksud Syukur....

Alhamdulillah.. hari terbaik yang aku harapkan semalam menjelma hari ini. tidak lah terbaik sangat. tapi memadai dengan perjalanan hari yang lancar dan tanpa tekanan. maka dengan itu, aku ucapkan syukur kepada Allah atas kurniaan hari yang sempurna.

aku lalui hari ini dengan tenang. bangun pagi, aku sujud. minta doa agar segala urusan aku dipermudahkan hari ini. tanpa bersarapan pagi, aku melangkah ke alam kerja yang rumit. namun, berkat doa subuh, aku tidak lalui definasi rumit itu... segala arahan majikan, aku lalui dengan sabar dan tenang. dari permulaan, hingga pengakhiran, aku lunaskan tugas tanpa ada sebarang tekanan....Alhamdulillah..

aku mula terfikir...jika kita bersikap optimis untuk hadapi hari itu dengan tenang dan sabar, di tambah pula doa juga rahmat dari Allah, aku yakin segalanya akan dapat kita hadapi. biar sukar, biar sulit juga rumit sekalipun, kita pasti dapat atasinya tanpa rasa sakit juga tertekan. itu adalah berkat doa juga rahmat dari-Nya.

aku akui semua itu. aku sedar tentang itu. sesungguhnya, kuasa Allah memang tiada tara. kerna hanya Dia yang berkuasa menentukan takdir juga nasib kita di dunia juga diakhirat kelak. sebagai hamba, kita hanya perlu yakin dan percaya pada ketentuan-Nya. sabar, hadapi dengan tenang dan bersyukur atas ujian dan kurniaan dari-Nya. kita manusia, kita lemah segalanya. tanpa Allah, siapalah kita. hanya secangkir nyawa yang tiada gunanya....HPK.

Ahad, 14 Oktober 2012

Hari Ini Dalam Tekanan...!!

Hari ni, bukan yang terbaik bagi aku. kerana sebelum ni pun, aku pernah lalui hari yang sangat menarik. tanpa aku rancang, tanpa aku minta, hari itu aku lalui dengan lancar tanpa sebarang gangguan emosi. namun, hari ini aku rasa kelabu. biar langit diatas itu warnanya biru. namun pada pandangan mata aku, langit itu kelabu.

entah kenapa, segalanya serba tak kena. entah kenapa, rancangan yang aku susun rapi sejak semalam bercanggah bila aku mulakan langkah. entah kenapa, segalanya aku rasa bagaikan hilang. kosong.

jika difikirkan semula, semalam hari yang aku lalui biasa. walaupun ketika itu hari bekerja, namun tidak pula aku rasa sempit atau tertekan. namun, hari minggu yang sepatutnya menjadi hari yang dinanti-nanti para buruh menjadi hari yang paling aku benci.

apa yang aku buat hari ini? tidur...apa yang aku lalui hari ini? tidur... apa yang aku alami hari ini? tidur... arrrgghhhhhhh!!!!!! manusia apa aku ni? hanya tahu tidur...tidurrrr dan tidur....

aku tak boleh macam ni selamanya. aku tak boleh manjakan diri...aku tak boleh terus begini. jiak tidak, hari-hari yang aku lalui cuma terisi dengan rutin yang basi. pergi kerja, balik kerja...pergi kerja, balik kerja..tidur... rutin yang teramat buruk untuk seorang manusia yang bergelar dewasa...

huh..!! bangkit...paksa diri... aku harap esok, ada sesuatu yang terbaik untuk aku. moga hari yang akan aku hadapi esok menjadi sebuah permulaan baru untuk aku menjadi seseorang yang baru....!!!!!! amin.. HPK!